terima kasih kepada semua yang hadir pada petang ini, harap guru-guru akan terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik matapelajaran matematik. Kita perlu pelbagaikan kaedah agar murid menunjukkan minat dan ingin belajar, menggunakan manupulatif untuk mengukuhkan konsep dan membantu aplikasi dalam penyelesaian masalah matematik.
Perkara yang perlu dilaksanakan dengan segera :-
1. serah senarai nama murid yang mendapat skor penuh dalam K1 dan K2 (PKSR 1/2)
2. guru yang mengajar kelas zuhal akan mewakili guru-guru aliran dalam post-mortem.
3. serah satu salinan item analisis PKSR dan cadangan pemulihan kpd K/panitia
4. sekiranya guru ingin membuat bengkel/workshop , sila sediakan kertas kerja
untuk mendapat kelulusan Guru Besar.
Sekian , terima kasih.